Asian Games: Azeem Fahmi Mara Ke Final
UltraSukan
UltraSukan
Stadium Astro
Advertisements

Jaguh pecut 100 meter Malaysia, Muhammad Azeem Fahmi terus mencipta sensasi apabila berjaya mara ke final acara kegemarannya dalam Sukan Asia 2023 hari ini.

Azeem yang berlari di lorong keempat berjaya mara di tempat kedua dengan catatan masa 10.17. Catatan masa beliau hanya dipisahkan 0.05 saat dengan bekas juara remaja dunia dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri.

Advertisements

Seperti aksi saringan semalam, separuh akhir acara lari pecut 100 meter diadakan pada waktu malam.

Walaupun mengakui sudah lama tidak berlari pada waktu malam sejak Kejohanan MSSM 2017, itu bukan halangan buat Azeem mara ke final.

Advertisements

Lalu juga berjaya mara ke final 100 meter selepas memenangi separuh akhir 100 meter dengan catatan masa 10.12.

Sementara pelari Bahrain, Saeed Saad Al Khaldi pula berada di tempat ketiga dengan catatan masa 10.19.

Advertisements

Ramai mengharapkan Azeem dapat mengakhiri kemarau pingat emas Malaysia dalam acara 100 meter. Kali terakhir kontinjen negara meraih emas acara itu ialah pada tahun 1982 menerusi Rabuan Pit.

Advertisements

News Comments Account