Ads
UltraSukan
Majlis Sukan Negara

Kuartet 4×100 meter Malaysia diketuai Azeem Fahmi hampa apabila mereka sekadar menduduki tangga kelima dalam aksi final acara berkenaan dalam Sukan Asia 2023.

Advertisements

Kuartet ini yang turut mengandungi Jonathan Nyepa, Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Arsyad Mat Saat mencatat masa 39.19 saat.

Advertisements

Kuartet China diketuai Chen Guanpeng muncul pemenang pingat emas dengan catatan masa 38.29.

Advertisements

Advertisements

Manakala kuartet Jepun dan Korea Selatan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa. Mereka masing-masing mencatatkan masa 38.44 dan 38.74 saat.

Keputusan ini menyaksikan penantian pingat untuk acara 4×100 meter bakal berlanjutan selama empat tahun lagi.

Advertisements

Kali terakhir Malaysia meraih pingat dalam acara ini ialah pada temasya Sukan Asia 1966 di Bangkok, Thailand.

Kuartet negara yang ketika itu diketuai Datuk Dr. M. Jegathesen muncul pemenang pingat emas untuk acara berkenaan.

Walaupun sekadar meraih tempat kelima, Azeem, Jonathan, Khairul Hafiz dan Arsyad boleh berbangga kerana mencipta rekod baru kebangsaan.

Advertisements

Catatan ini memadamkan rekod 39.40 saat yang dicipta semasa saingan separuh akhir acara sama semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram