Asian Games: Regu Malaysia ‘Libas’ Indonesia
UltraSukan
Astro Arena
Advertisements

Skuad sepak takraw negara bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Indonesia 2-1 dalam aksi pertama sepak takraw regu berpasukan Kumpulan B Sukan Asia 2023.

Regu pertama diketuai tekong berpengalaman KL Thunder, Syahir Rosdi bermula dengan langkah kiri apabila tewas set pertama 21-15.

Biarpun mereka cuba memberi tentangan sengit dalam set kedua, Indonesia memastikan kemenangan pertama pasukan itu dengan kemenangan set kedua 21-19.

Advertisements

Perlawanan kedua regu berpasukan menyaksikan Malaysia pada awalnya bergelut menyaingi regu lawan. Ini mendorong jurulatih Ahmad Jais Baharom membuat pertukaran dengan memasukkan Zarif Merican sebagai tekong.

Biarpun tewas 20-22 pada set pertama, percaturan beliau berhasil apabila regu kedua negara memenangi set kedua dan ketiga dengan keputusan 21-17 dan 23-21.

Ini memberi keyakinan kepada regu ketiga negara terdiri daripada Haziq Hairul Nizam, Noraizat Nordin dan Adam Farhan untuk meraih kemenangan.

Advertisements

Set pertama menyaksikan dominasi tiga jaguh Sepak Takraw League (STL) itu dengan kemenangan mudah 21-10.

Kisah sama berulang pada set kedua dengan pada satu ketika, regu negara mendahului pada kedudukan 16-9. Malaysia kemudiannya meraih kemenangan dengan keputusan 21-12.

Kemenangan hari ini melayakkan Malaysia ke separuh akhir. Bagi menjamin laluan mudah ke semi final, skuad negara diharap mampu lakar kemenangan ke atas Korea Selatan esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram