Asian Games: Regu Malaysia Mara Ke Final, Benam Cabaran Laos
UltraSukan
PSM
Advertisements

Skuad sepak takraw Malaysia tidak berdepan masalah mara ke final acara regu berpasukan Sukan Asia 2023 selepas mengatasi Laos 2-0 di pentas separuh akhir.

Dengan skuad negara mengelak bertemu Thailand selepas bergelar juara Kumpulan B, ini mengurangkan tekanan buat mereka bila berdepan Laos.

Justeru, Noraizat Nordin, Adam Farhan dan Haziq Hairul Nizam menjadi taruhan skuad negara bagi meraih mata pertama acara regu berpasukan.

Advertisements

Berdepan regu Laos iaitu Daovy Xanavongkay, Phittasanh Bounpaseuth dan Noum Souvannalith, regu negara terpaksa berdepan tentangan sengit lawan sebelum meraih kemenangan set pertama 21-17.

Pada set kedua, pada awalnya, trio negara berupaya mendahului pada kedudukan 15-10. Begitupun, beberapa kesilapan mudah yang dilakukan mereka menyebabkan Laos berjaya mengejar dan mengikat kedudukan 15-15.

Namun begitu, regu negara kekal tenang dengan servis Haziq memastikan Malaysia meraih mata pertama regu berpasukan menerusi keputusan 21-19.

Advertisements

Perlawanan kedua menyaksikan jurulatih Ahmad Jais Baharom mempertaruhkan Syahir Rosdi, Amirul Zazwan dan Azlan Alias. Sementara Laos pula menghantar Adong Phoumisin, Soukkaserm Chanthahieng dan Yothin Sombatphouthone.

Walaupun melakukan beberapa kesilapan, regu negara memastikan kemenangan set pertama dengan keputusan 21-14. Laos bertambah malang apabila Adong dan Soukkaserm terpaksa digantikan akibat kecederaan.

Ini memberi ruang kepada regu Malaysia untuk menguasai set kedua dengan kemenangan 21-14. Kejayaan ini membolehkan Malaysia berdepan musuh tradisi, Thailand pada 29 September ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram