Ads
UltraSukan
PSM

Skuad sepak takraw Malaysia hampa bila gagal meraih pingat emas dalam aksi final acara regu berpasukan Sukan Asia 2023 hari ini.

Advertisements

Ini selepas mereka tewas kepada musuh tradisi, Thailand. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas mengatasi Laos dan Korea Selatan di pentas separuh akhir.

Advertisements

Walaupun mengetahui Thailand merupakan pasukan pilihan kejohanan, anak-anak buah Ahmad Jais Baharom berharap dapat mencipta kejutan dan memenangi pingat emas buat kali pertama untuk acara ini.

Advertisements

Advertisements

Malangnya, regu pertama negara iaitu Noraizat Nordin, Adam Farhan dan Haziq Hairul Nizam terpaksa akur dengan regu pertama Thailand diketuai Pichet Pansan untuk mata pertama perlawanan.

Skuad negara pada awalnya berjaya mengikat Thailand pada kedudukan 6-6. Bagaimanapun, ketajaman servis Sittipong Khamchan memastikan set pertama milik Thailand dengan keputusan 21-15.

Advertisements

Set kedua terus didominasi oleh musuh tradisi negara itu lebih-lebih lagi dengan libasan Pichet. Pada akhirnya, skuad negara tewas dalam set kedua dengan keputusan 21-14.

Lantas, harapan skuad sepak takraw Malaysia kini disandarkan kepada Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir. Manakala Thailand pula memburu kemenangan kedua menerusi Varayut Jantarasena, Pattarapong Yupadee dan Siriwat Sakha.

Regu kedua negara pada awalnya mendahului pada kedudukan 8-5. Bagaimanapun, Thailand berjaya mengejar dan memastikan kemenangan set pertama 21-13.

Dengan regu negara ketinggalan jauh pada set kedua, Ahmad Jais memasukkan Zarif Merican menggantikan Syahir sebagai tekong. Pada awalnya, kehadiran Zarif membantu Malaysia mengikat Thailand pada 13-12.

Bagaimanapun, Thailand memastikan mereka raih pingat emas acara regu berpasukan dengan kemenangan set kedua 21-18.

Advertisements

Kini, fokus skuad sepak takraw Malaysia ialah acara regu yang akan bermula pada 5 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram