Asmawi Bakiri Kesal Kehadiran Pemain Naturalisasi Beri Kesan Buruk Kepada Harimau Malaya
Dunia
Astro arena
Advertisements

Penganalisis bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri dilihat berdukacita dengan kehadiran pemain naturalisasi ke dalam pasukan negara yang sememangnya tidak memberi impak yang diharapkan untuk menjayakan kempen Piala AFF kali ini.

Bekas pemain pasukan Selangor dan Perak itu juga menjelaskan, sungguhpun perancangan bagi menggunakan khidmat pemain naturalisasi ini sekadar pelan jangka pendek, namun ia ternyata tidak mampu untuk memantapkan lagi selain terdapat faktor-faktor lain seperti pandemik yang turut menjejaskan persembahan skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

’Sebelum ini De Paula sedang berada dalam prestasi terbaik, Sumareh juga mempamerkan aksi yang cukup baik dan kita juga menggunakan khidmat Liridon.’

Advertisements

’Selepas kehadiran Pandemik ini kita membawa masuk Dion Cools namun saya merasakan ia tidak memberi impak yang besar dalam kita punya perancangan,’-Jelas beliau dalam satu temubual.

Asmawi turut menambah, usaha-usaha yang telah dilakukan ini juga telah menggagalkan persiapan pasukan negara yang juga datang dengan sasaran yang tinggi untuk melangkah ke Final.

Beliau turut memberi gambaran mengenai perbandingan dengan pasukan serantau yang turut menggunakan khidmat pemain naturalisasi.

Advertisements

’Jika kita lihat sebagai contoh Indonesia yang mempunyai bilangan naturalisasi yang kecil namun pemain-pemain yang beraksi di liga luar telah membantu untuk membentuk pasukan yang mantap.’

’Kita hanya ada Luqman dan Dion yang baru sahaja menyertai pasukan, lain kita ambil naturalisasi dan ia tidak mencukupi kerana pemain kita hanya bermain liga dan gagah dalam liga.’

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram