Terkini: Asraruddin Putra Sesak Nafas, Dimasukkan Ke Hospital
MakanBola
Photo: Hasif
Sponsors

MakanBola.com, Petaling Jaya: Bekas pertahanan kiri kebangsaan, Asraruddin Putra Omar dilaporkan mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang pada pagi Jumaat.

Menurut rakan baiknya, Muhammad Hasif, Asraruddin mengalami sesak nafas pada pagi Jumaat dan dikejarkan ke hospital sekitar jam 10.00 pagi.

Ad
Sponsors

Menurutnya lagi, Doktor menyatakan Asraruddin mengalami sesak nafas kerana terlalu penat bekerja dan kurang rehat.

Keadaan beliau dilaporkan kembali stabil dan meminta rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Asraruddin Puta Omar.

Ad

Asraruddin sebelum ini pernah beraksi bersama skuad kebangsaan, pasukan Penang, Selangor dan Johor darul Ta’zim.

Ad

Berita selanjutnya bakal menyusul kemudian.

Ad