Advertising
Atlet Iraq Positif Doping
UltraSukan
International Judo Federation

Atlet Iraq disahkan positif doping sebelum memulakan aksi di pentas Olimpik.

Berita ini telah diumumkan oleh pihak International Testing Agency (ITA) yang mendapati atlet judo bernama Sajjad Sehen ini telah didapati menggunakan bahan terlarang jenis steroid anabolik.

Ad

ITA telah menjalankan ujian kawalan anti-doping di luar persaingan pada Selasa lalu dan keputusan makmal telah dikeluarkan pada Khamis.

Ad

Keputusan terkini dari makmal ini sekaligus menyaksikan atlet berusia 28 tahun ini menjadi atlet pertama didapati positif doping pada edisi kali ini.

“Atlet telah dimaklumkan mengenai kes itu dan telah digantung sementara sehingga kes selesai selaras dengan Kod Anti-Doping Dunia dan Peraturan Anti-Doping IOC yang terpakai untuk Sukan Olimpik Paris 2024,” ujar ITA dalam satu kenyataan.

Ad

“Ini bermakna bahawa atlet dihalang daripada bertanding, melatih, melatih atau mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti, semasa Sukan Olimpik Paris 2024.”

Ad

Walau bagaimanapun, Sajjad memiliki hak untuk meminta dijalankan ujian sekali lagi ke atas sampel B.

Ad

Sajjad dijadualkan untuk turun beraksi dalam kategori 81 kilogram pada Selasa ini namun dengan pengumuman terbaru ini menyaksikan impiannya untuk melakukan debut tidak kesampaian.