Aubameyang Pemain Pertama Abad Ke-21 Cipta Hatrik Empat Liga Utama Eropah
La Liga
FC Barcelona/Getty Images
Advertisements

Pada Ahad lepas, Pierre-Emerick Aubameyang mencipta sejarah tersendiri. Dengan menjaringkan hatrik dalam perlawanan La Liga Barcelona menentang Valencia, beliau menjadi pemain pertama menjaringkan tiga gol dalam empat liga utama Eropah pada abad ke-21.

Perlawanan tersebut merupakan penampilan ketiga penyerang Gabon itu bersama Blaugrana. Selain Aubameyang, pemain tengah Frenkie de Jong turut mencipta nama sebagai penjaring. Pada awalnya, gol ketiga penyerang Gabon itu disangka pengadil sebagai gol Pedri. Tetapi selepas semakan semula dibuat, gol tersebut diberi kepada Aubameyang.

Dengan hatrik tersebut, ini menjadikan beliau pemain pertama dalam abad ke-21 yang menjaringkan hatrik di Ligue 1, Bundesliga, EPL dan La Liga. Hatrik pertamanya direkodkan bersama AS Saint-Etienne dalam kemenangan ke atas Lorient pada Februari 2012. Ini berlaku tidak lama selepas penyerang Gabon itu menyertai Sainte secara tetap pada Januari tahun sama.

Advertisements

Selepas berpindah ke Borussia Dortmund setahun selepas itu, Aubameyang tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol. Dalam penampilan pertamanya bersama Der BVB, penyerang Gabon itu merobek gawang Augsburg sebanyak tiga kali.

Aubameyang kemudiannya terpaksa menunggu selama tiga tahun untuk mencipta hatrik bersama kelab EPL, Arsenal. Tiga tahun selepas berpindah ke Stadium Emirates dengan yuran perpindahan £56 juta (RM318.15 juta), penyerang Gabon itu merobek gawang Leeds United di Emirates sebanyak tiga kali. Hatrik Aubameyang dicipta dalam kemenangan 4-2 Gunners ke atas Whites musim lepas.

Barcelona kini menduduki tempat keempat La Liga selepas kemenangan ke atas Valencia. Mereka mempunyai mata sama dengan juara musim lepas Atletico Madrid tetapi mempunyai kelebihan satu perlawanan. Aubameyang berpindah ke Nou Camp secara percuma pada musim perpindahan Januari tahun ini selepas tidak sehaluan dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram