Aubameyang Simpan Hasrat Bermain Bersama Ronaldo Di Manchester United
Dunia
Cristiano/FootyAccums
Advertisements

Selepas kemenangan bergaya pasukan Manchester United keatas Arsenal semalam, kapten pasukan Arsenal, Patrick Aubameyang mendapat perhatian ramai peminat bola sepak sedunia apabila tindakannya di Instagram telah dijadikan bahan jenaka.

Penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo sebelum itu telah membuat satu hantaran di laman rasmi Instagram miliknya. Gambar Ronaldo ketika meraikan gol telah dimuatnaik ketika CR7 berjaya menjaringkan dua gol yang membantu Manchester United menang 3-2 keatas Arsenal.

Hantaran itu telah mendapat perhatian ramai dimana kira-kira lebih 6 juta pengguna Instagram yang menekan butang like dan lebih 100 ribu pengguna yang komen.

Advertisements

Apa yang diperbualkan adalah tindakan bersahaja Aubameyang yang menekan butang like. Beliau juga menjadi antara followers CR7 dan perkara ini telah didedahkan di Twitter. Ia terus dijadikan bahan gurauan para peminat kerana ada yang menyangka bahawa Auba turut menyimpan hasrat untuk bermain bersama bintang terkemuka, Cristiano Ronaldo.

Sementara itu, Ronaldo turut mengucapkan tahniah dan terus memberikan semangat buat rakan sepasukannya untuk terus optimis mengekalkan momentum kemenangan.

“Fikiran kami sudah pun tertumpu pada perlawanan seterusnya, tiada masa untuk meraikannya! Kemenangan hari ini sangat penting untuk kami ke landasan yang betul, tetapi jalan masih panjang untuk dilalui sehingga kami sampai ke destinasi. Tahniah kepada semua rakan sepasukan saya, semangat yang hebat malam ini,” tulis CR di Instagram.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram