Advertisement
Aura Adam Nor Azlin Jadi Sandaran JDT Di Pentas Akhir
MFL
MakanBola
JST

Seperti sudah lama tidak melihat aksi bekas pertahanan Harimau Malaya, Adam Nor Azlin beraksi bersama skuad utama Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun Adam kini mempunyai tugas yang berbeza di JDT.

Biarpun hanya merekodkan satu penampilan bersama skuad utama JDT musim ini, Adam sebenarnya telah mencurahkan pengalaman yang beliau ada untuk membimbing pemain-pemain muda JDT II yang beraksi di dalam saingan Piala MFL.

Untuk musim 2023, Adam telah mencatatkan 15 penampilan bersama skuad JDT II di bawah kendalian jurulatih dari Argentina, Mariano Echeverría dan berjaya meledak dua gol buat pasukan tersebut.

Kini, aura Adam akan terus ditagih Mariano Echeverría pada aksi final Piala MFL yang mana JDT II akan bertemu Terengganu FC II pada Sabtu ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Selain Adam, skuad JDT II turut dibarisi beberapa pemain bawah 23 tahun negara seperti Fergus Tierney, Najmudin Akmal, Aysar Hadi dan tidak dilupakan penjaring terbanyak mereka, Gabriel Nistelrooy.

Ini merupakan kejohanan sulung Piala MFL yang baru sahaja diperkenalkan bagi menggantikan Liga Premier yang dihapuskan bermula tahun ini. Pemenang bakal menerima RM500,000 manakala naib juara bakal membawa pulang RM 250,000.