Aura Penyokong Sabah Bantu Tingkatkan Semangat Dominic Tan
Dunia
dominictjj
Advertisements

Pemain pertahanan kebangsaan, Dominic Tan mengakui aura penyokong Sabah ketika bermain di kelab telah membantu meningkatkan prestasi beliau untuk beraksi menentang Thailand kelak.

Beliau menjelaskan bahawa setiap pemain yang menyertai skuad negara adalah yang terbaik. Tetapi, jika dipilih turun dalam kesebelasan utama beliau sudah pasti akan beraksi dengan cemerlang.

Sementara itu, Dominic turut menyatakan persediaan skuad Harimau Malaya bersama-sama Kim Pan-gon semakin baik dan pasukan sentiasa bersedia untuk menghadapi lawan. 

Advertisements

“Setakat ini sesi latihan berjalan agak baik dan kami sudah bersedia untuk perlawanan menentang Thailand nanti,” katanya.

“Penyokong Sabah FC memang terbaik,  selalu sokong kami jadi kami harap sokongan itu akan berterusan.”

“Kita ada pemain yang berbakat di sini, tapi kalau dapat peluang saya akan lakukan yang terbaik,” jelasnya kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Skuad Harimau Malaya bakal bertemu pasukan tuan rumah dalam Piala Raja Thailand edisi ke-48 di Stadium Chiang Mai pada Khamis, 22 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram