Australia & Afghanistan Bakal Uji Kekuatan Sebenar Futsal Malaysia
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Skuad futsal Malaysia berpeluang untuk menguji beberapa pasukan handalan dunia apabila bakal menyertai kejohanan jemputan di Thailand.

Malaysia yang berada di ranking ke-77 dunia akan ‘terbang’ ke negara jiran untuk berdepan tiga lagi pasukan yang berada di ranking lebih tinggi berbanding skuad negara.

Menurut Asean Football, kejohanan yang bakal berlangsung di Nonthaburi ini melibatkan tiga pasukan yang layak ke Piala Asia Futsal iaitu Thailand selaku tuan rumah, Afghanistan dan juga Australia.

Advertisements

“Thailand akan menjadi tuan rumah Kejohanan Futsal NSDF 2024 dari 24-28 Mac di Nonthaburi dengan penyertaan 4 pasukan termasuk Thailand (kedudukan ke-25), Afghanistan (kedudukan ke-53), Australia (kedudukan ke-36) dan Malaysia (kedudukan 77).

Format kejohanan juga diterangkan dengan kesemua pasukan akan bermain secara satu pusingan dengan dua pasukan terbaik akan layak ke final manakala dua pasukan yang lain akan bersaing di perlawanan penentuan tempat ketiga.

“Pasukan akan bermain satu pusingan, 2 pasukan terbaik dari peringkat kumpulan akan bermain perlawanan akhir, baki 2 pasukan lagi bakal bermain di perlawanan tempat ke-3,” tulis The Asean Footbal.

Advertisements

Kejohanan itu merupakan salah satu persediaan pasukan tuan rumah, Thailand sebelum menghadapi Piala Asia Fustal AFC 2024 pada pertengahan bulan April.

Sebelum ini, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan aksi kelima Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) akan ditunda bagi memberi laluan buat skuad futsal kebangsaan yang bakal ke Thailand bagi menyertai sebuah kejohanan jemputan.

Selain kejohanan ini, Malaysia turut menjadi pilihan satu lagi pasukan Asia Tenggara, Vietnam untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada awal April bagi persiapan ke Piala Asia Futsal 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram