Pertembungan Malaysia & Vietnam Jadi Kenyataan
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Skuad futsal Malaysia bakal menjadi lawan Vietnam dalam dua aksi persahabatan pada bulan April.

Menerusi satu hantaran oleh Asean Football, skuad negara menjadi pilihan Vietnam bagi dua aksi pemanas badan sebagai persiapan pasukan ke Piala Asia Futsal 2024.

Perlawanan persahabatan ini dijadualkan berlangsung pada 6 dan 8 April hadapan namun venue masih belum diumumkan.

Advertisements

“Perlawanan (menentang Malaysia) ini adalah sebahagian daripada persiapan Vietnam menghadapi Piala Asia Futsal AFC 2024,” tulis Asean Football di laman X.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail mengesahkan minat dari Vietnam untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama skuad Harimau Malaya.

Advertisements

“Kita telah mendapat jemputan daripada pihak Bahrain, (jemputan kejohanan) daripada Thailand dan Vietnam. Jepun juga ada bertanya tapi belum ada surat rasmi,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan pasukan dan jersi rasmi Sabah FA.

Selain aksi berdepan Malaysia, Vietnam yang dibimbing Diego Guistozzi turut mengumumkan bakal menyertai kejohanan futsal yang melibatkan beberapa kuasa besar futsal dunia seperti Iran dan Maghribi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram