Ayam Pilih England Berbanding Ukraine Malah Menyepak Makanan Ukraine

ayam gila Ayam Pilih England Berbanding Ukraine Malah Menyepak Makanan Ukraine
Syafiq Freman @syafiqfreman
8:39pm 02/07/2021

Seekor ayam bernama Kiev diberikan pilihan untuk memilih makanan dengan bendera England atau Ukraine.

Kiev merupakan seekor ayam milik akhbar The Sun meramalkan England akan mengalahkan Ukraine pada Euro 2020.

Walaupun Kiev seekor ayam, namun tingkah lakunya kelihatan sangat rasis malah beliau melakukan tindakan yang tidak sepatutnya.

Beliau perlu membuat pilihan

Beliau tidak membuang masa yang lama untuk membuat pilihan dan terus memilih England yang berada di sisi kanannya.

Beliau memilih England

Dan selepas itu dia memijak mangkuk makanan yang ditanda dengan bendera Ukraine malah melepaskan tinjanya sejurus makan ke bahagian Ukraine.

Dipijaknya makanan disebelah Ukraine

Ayam ini adalah penonton setia perlawanan England pada Euro 2020 bersama empat anak mereka.

England dan Ukraine bakal bertembung di suku akhir EURO 2020 pada Ahad, 4 Julai ini jam 3.00 pagi waktu Malaysia.

Diskusi di Facebook