Azam Azih Kini Diburu Kelab Liga Super?
Dunia
MakanBola
Sri Pahang FC
Advertisements

Pemain tengah Sri Pahang, Azam Azih dikatakan telah menerima dua tawaran daripada dua kelab gergasi Liga Malaysia.

Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam sesi live di Tiktok miliknya. Namun, Zulhelmi tidak mendedahkan nama pasukan yang berminat dengan khidmat Azam tersebut.

Advertisements

Pada awal musim yang lalu, terdapat desas desus yang menyatakan bahawa pemain tengah kebanggsaan ini akan menyertai Johor Darul Ta’zim. Namun, beliau telahpun menafikan khabar angin tersebut.

Seperti yang diketahui, Azam Azih seorang yang setia beraksi buat Tok Gajah sejak tahun 2015 dimana bermulanya kariernya beraksi di pentas profesional.

Advertisements

Beliau kini sedang berada di prestasi cemerlang dibawah kendalian semula Dollah Salleh dan juga kehadiran Pengarah Teknikal daripada Singapura, Fandi Ahmad dalam kembali memacu semula Tok Gajah untuk terus bersaing di Liga Super.

Sehingga kini, tiada pendedahan yang telah dibuat oleh pemain berusia 27 tahun ini dan kita harus tunggu pengumuman rasmi sahaja sama ada beliau akan terus kekal atau sebaliknya.

Advertisements

News Comments Account