Kelibat pemain tengah berpengalaman, Azam Azih dijangka bakal menjadi duri dalam daging buat KL City FC ketika pertemuan dijangka berlangsung hujung minggu ini.
Perancang tengah berusia 27 tahun itu merupakan antara pemain tunjang di bawah kendalian Christophe Gamel selain memainkan perana yang cukup penting buat pasukan.
Beraksi sebagai pemain tengah tulen (no.8), Azam seringkali menyalurkan hantaran-hantaran yang sangat berkualiti buat jentera serangan Sri Pahang FC.
Bukan itu sahaja, ketenangan, visi dan juga kematangan pemain kelahiran Pahang ini untuk mengorak perjalanan pasukan semenangnya amat luar biasa.
Sungguhpun Sri Pahang masih bergelut untuk mencapai prestasi terbaiknya musim ini, perancang tengah kebangsan ini kekal dalam momentumnya yang tersendiri.
Azam juga menjadi pemain paling banyak melakukan hantaran ke dalam zon bahaya pada musim lalu.
Beliau beraksi dalam kesemua perlawanan pasukan musim ini sebagai pemain utama dan terlibat dengan 50% jaringan yang telah terhasil.
Kini, Azam sudah pun meledak 2 gol selain mencipta 1 bantuan gol untuk melonjakkan kedudukan pasukan ke tahap yang lebih baik.
Kelibat beliau sudah pasti menjadi sandaran pasukan untuk mengekang cabaran The City Boys tatkala berkunjung ke Stadium Cheras.
Sri Pahang kini berada pada kedudukan ke-9 liga dengan 4 mata sudah tentu mahu meraih 3 mata penuh dalam aksi ke-6 kali ini.