Advertisement
Azeem Fahmi Tampil Pendekatan Berbeza Di USA
UltraSukan
UltraSukan
Majlis Sukan Negara

Jaguh pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dilihat semakin menguasai teknik larian berbeza semasa berada di Amerika Syarikat.

Pemerhatian ini dibuat jurulatih skuad olahraga pelapis negara, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah kepada Nadi Arena hari ini.

Penguasaan teknik berbeza yang diterapkan jurulatih, Ken Harden membantu Azeem meraih pingat emas acara 4×100 meter (m) dan pingat gangsa acara 100m dalam Yellow Jacket Invitational Championship di Atlanta, Georgia beberapa minggu lepas.

“Tetapi buat masa sekarang ini, banyak perubahan yang sudah dibuat (terutama) sedikit perubahan dari segi teknik larian.

“Saya yakin bahawa Azeem akan terus membuat peningkatan dalam pertandingan-pertandingan seterusnya. Yang penting ialah jiwa dan hatinya perlu kental untuk menghadapi semua ini,” ujarnya.

Azeem ketika ini melanjutkan pengajian di Universiti Auburn di Texas, Amerika Syarikat. Beliau memerlukan catatan masa 10 saat jika mahu layak ke Sukan Olimpik 2024 dengan tempoh kelayakan berakhir pada Jun ini.

Sekiranya Azeem gagal merekodkan catatan masa yang dinyatakan, beliau masih berpeluang membawa nama negara ke Paris, Perancis.

Syaratnya ialah pelari berusia 19 tahun meletakkan dirinya dalam kelompok 48 pelari pecut terbaik dunia pada akhir Jun ini.