Azeem Fahmi Tuai Emas Di USA
UltraSukan
Azeem Fahmi
Advertisements

Pelari pecut negara, Mohd Azeem Fahmi mengharumkan nama Malaysia hari ini apabila meraih pingat emas acara 4×100 meter (m) dalam Tom Jones Memorial Invitational anjuran Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan Amerika Syarikat (NCAA) hari ini.

Kejohanan yang berlangsung di Gainesville, Florida itu menyaksikan anak jati Teluk Intan, Perak itu menjadi sebahagian daripada kuartet 4x100m Universiti Auburn.

Selain Azeem Fahmi, kuartet universiti tersebut turut dibarisi Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi.

Advertisements

Kuartet ini mempamerkan larian mantap untuk menggondol pingat emas menerusi catatan masa 38.64 saat (s).

Kuartet pelari pecut dari Louisiana State University (LSU) pula terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dengan catatan masa 38.93s.

Sementara kuartet pelari pecut dari University of Kentucky menamatkan larian di tempat ketiga dengan catatan masa 38.96s.

Advertisements

Azeem turut merekodkan catatan masa 10.44s dalam acara 100m. Catatan tersebut meletakkannya di tangga ke-22 daripada 75 orang peserta.

Meskipun tidak dapat layak ke peringkat seterusnya, catatan tersebut menjadikan beliau pelari kedua terpantas dari Universiti Auburn.

Kejayaan meraih pingat emas acara 4x100m ini dijangka merangsang semangat Azeem untuk memburu slot kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram