Azfar Fikri: Luqman Selalu Beri Sokongan Moral Pada Saya
Dunia
AFC Asian Cup
Advertisements

Penjaring tunggal skuad muda negara, Muhammad Nur Azfar Fikri telah berkongsi sedikit sebanyak pengalamannya ketika bersama skuad kebangsaan. Ayam tambatan negara ini berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu Malaysia layak ke saingan Piala Asia B-23 2022.

Azfar dalam pada itu menyatakan rasa terujanya dapat bermain bersama skuad kebangsaan B-23. Beliau turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia dan semua pihak yang membantu pasukan kebangsaan negara.

“Pertamanya terima kasih kepada semua peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong pasukan kami. Dan gol-gol itupun saya rasa tanpa rakan sepasukan, siapalah saya.”

Advertisements

Pemain yang mesra disapa Kaka ini menjelaskan bahawa rakan sepasukannya, Luqman Hakim sentiasa memberikan kata-kata semangat dan memberikan sokongan moral. 

“Dari darjah satu, saya pakai jersey Kaka pemain Ac Milan. Orang tak tahu nama saya, jadi mereka panggil saya kaka. Hingga kini lekat nama Kaka.”

“Rakan sepasukan banyak sokong saya. Luqman selalu bagi moral bagi sokongan pada saya,” tambah Azfar.

Advertisements

Beliau turut meneritakan perjalanan beliau sebelum dipanggil Brad Maloney. Rezeki buat dirinya apabila dapat dipanggil bersama skuad negara saat-saat akhir. 

“Saat akhir, ada pemain yang mengalami kecederaan. Jadi coach suruh saya datang. Alhamdulilah dapat lekat untuk 23 pemain terbaik dan alhamdulilah saya dapat buktikan.”

Percaturan Brad Maloney yang mengandingkan Luqman Hakim dan Azfar di barisan serangan dilihat sangat serasi dimana mereka berjaya mempamerkan aksi yang sungguh bertenaga. Azfar berjaya menyumbang 2 jaringan gol, satu ketika bertemu Laos dan satu ketika bertemu Mongolia pada kempen kelayakan kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram