Debut Azfar Fikri Beri Mimpi Ngeri Buat Laos
Dunia
MakanBola
AFC ASIAN CUP
Advertisements

Pemain muda Terengganu FC, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar berjaya membantu Malaysia menewaskan Laos dalam saingan kelayakan Piala Asia B23 semalam. Jaringan tunggal Azfar Fikri berjaya meletakkan Malaysia di tangga pertama saingan Kumpulan J ketika ini.

Gandingan Luqman, Azfar dan Syafiq di barisan serangan dilihat sangat baik namun beberapa peluang keemasan gagal disudahkan. Percaturan Brad Maloney yang memasukkan Quentin Cheng pada babak kedua permainan membawa tuah apabila Quentin berjaya melakukan satu hantaran cantik sekaligus disempurnakan Azfar.

Advertisements

Dalam satu sidang media selepas perlawanan, Azfar Fikri menganggap kemenangan pertama skuad muda negara itu merupakan kemenangan buat rakyat Malaysia. Azfar turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan mendoakan pasukan negara.

“Pertama sekali terima kasih untuk semua rakyat Malaysia kerana sentiasa sokong pasukan kami. Kemenangan ini saya hadiahkan untuk semua rakyat Malaysia. Terima kasih kepada coach, para pemain yang selalu sokong kami dari belakang.”

Advertisements

Ketika beliau ditanya berkenaan keadaan cuaca di Mangolia, pemain terbaik perlawanan itu menjelaskan bahawa pasukan muda negara semakin selesa dan sudah mula menyesuaikan diri di Mangolia.

“Ya, saya rasa sangat baik kerana boleh menyesuaikan diri dengan cuaca. Ini adalah kaps pertama saya dan alhamdulillah untuk gol yang pertama.”

Advertisements

Malaysia kini menduduki takhta teratas saingan Kumpulan J dengan tiga pungutan mata selepas perlawanan pertama. Skuad muda negara bakal berdepan Mongolia pada khamis dan Thailand pada ahad.

News Comments Account