Kemasukan Quentin Cheng Kucar-Kacirkan Laos, Beri Malaysia 3 Mata Berharga
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Percaturan jurulatih pasukan muda negara, Brad Maloney untuk memasukkan pemain pertahanan kanan, Quentin Cheng nyata membuahkan hasil apabila pemain itu menjadi watak penting bagi memastikan Malaysia pulang dengan tiga mata berharga.

Terikat tanpa jaringan sehingga sejam permainan, pasukan negara jihat menggandakan usaha untuk memperoleh jaringan apabila Quentin dimasukkan untuk menggantikan pertahanan muda Terengganu Azam Azmi di bahagian kanan.

Pengalaman dan kematangan yang dimiliki oleh pemain kelahiran Australia-Malaysia ini terserlah apabila beliau gemar untuk menggunakan kelebihan serangan yang dimilikinya untuk membantu pasukan bawah 23 tahun negara memperoleh jaringan tunggal perlawanan.

Advertisements

Gerakan yang dilancarkan di bahagian kanan padang menjadi apabila satu lorongan berjaya dilakukan kepada pemain yang berusia 21 tahun ini sebelum beliau berjaya membuat satu hantaran lintang rendah yang disempurnakan dengan muda oleh Azfar Fikri.

Bukan itu sahaja, beliau turut kebal untuk mengekang asakan yang cuba diusahakan oleh pasukan Laos menerusi hantaran jauh namun ketinggian menjadi kelebihan buat pemain ini untuk mematahkan serangan lawan.

Quentin yang beraksi dalam kesemua perlawanan Liga Super musim ini di bawah kendalian Tomas Trucha jelas berada dalam kelas tersendiri untuk mengasak lawan dalam baki 30 minit saingan.

Advertisements

Pada minit-minit terakhir permainan, beliau sekali lagi mengatur gerak dengan melakukan satu hantaran lintang namun tidak berjaya disudahkan dengan baik oleh rakan sepasukan dalam kotak penalti.

Ketika ini, pasukan negara berada di tangga pertama kumpulan setelah dua lagi pasukan melibatkan pertemuan antara Thailand menentang tuan rumah, Mongolia berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram