Azizulhasni Awang Minta Maaf
UltraSukan
Azizulhasni Awang
Advertisements

Hasrat jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang untuk menggondol pingat gangsa acara pecut dalam Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia hari ini tidak kesampaian.

Ini selepas pelumba berusia 36 tahun itu terpaksa menarik diri daripada perlumbaan penentuan tempat ketiga acara pecut atas nasihat pakar perubatan.

Sebelum itu, Azizulhasni berjaya melepasi pusingan kelayakan sebagai pelumba keempat terpantas dengan catatan masa 9.656 saat.

Advertisements

Beliau juga tidak berdepan masalah menyingkirkan wakil Columbia, Cristian Ortega di pusingan kedua dan Jack Carlin dari United Kingdom di suku akhir.

Azizulhasni kemudiannya bersaing dengan jaguh Australia, Matthew Richardson di peringkat separuh akhir. Malangnya, Richardson berjaya mengatasi cabaran beliau dengan kemenangan 2-0.

Hal ini menyaksikan beliau perlu bersaing dengan seorang lagi jaguh Australia, Matthew Glaetzer untuk penentuan pingat gangsa.

Advertisements

Bagaimanapun, selepas Azizulhasni dikesan mengalami gejala perikarditis setelah selesai menjalani perlumbaan separuh akhir, beliau dinasihatkan agar menarik diri atas faktor kesihatan.

Dengan penarikan diri beliau, Glaetzer muncul pemenang pingat gangsa untuk acara pecut.

“Dukacita dimaklumkan saya terpaksa menarik diri daripada perlumbaan penentuan gangsa pecut kerana mengalami gejala perikarditis selepas perlumbaan separuh akhir (acara pecut Piala Negara-Negara UCI).

Advertisements

“Saya telah berunding dengan doktor dan dinasihatkan untuk menarik diri daripada perlumbaan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tekanan pada jantung saya.

“Di sebalik cabaran (yang dihadapi), ia adalah hari yang produktif selepas perlumbaan keirin semalam dan saya memberikan yang terbaik dalam pecut hari ini.

“Saya berterima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua orang dan saya memohon maaf kerana tidak dapat menyempurnakan perlumbaan.

Advertisements

“Kini, fokus saya pada pemulihan dan saya akan menyambung semula latihan sebaik sahaja (kembali) cergas semula. Terima kasih semua atas pemahaman dan sokongan yang diberi,” katanya di X.

Pingat emas acara pecut dimenangi pelumba Jepun, Kaiya Ota selepas berjaya menewaskan Richardson dengan keputusan 2-1.

Semalam, Azizulhasni membuktikan dirinya tetap berbisa dengan mengungguli final acara keirin. Dua wakil Jepun, Shinji Nakano dan Ota masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram