Azizulhasni Awang Muncul Juara Keirin Yayasan Sime Darby
UltraSukan
Azizulhasni Awang
Advertisements

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dilihat berada pada landasan tepat untuk menggalas cabaran negara di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Ini selepas Azizul menjulang gelaran juara keirin Kejohanan Grand Final Siri Trek Yayasan Sime Darby. Kejayaan itu diraih di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Beliau mengetepikan cabaran seorang lagi jaguh basikal trek Malaysia, Shah Firdaus Sahrom yang menduduki tempat kedua.

Advertisements

Ini merupakan penampilan pertama Azizul selepas terpaksa melupakan Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China akibat kecederaan.

Jaguh keirin negara itu melihat kemenangan hari ini bukan saja dapat membantu membina kembali tahap kecergasannya di trek.

Malah, pada masa sama, ini membantu beliau membina prestasi mantap secara perlahan-lahan agar dapat menyerlah dalam temasya berprestij itu pada tahun hadapan.

Advertisements

“(Saya) masih lagi belum dalam keadaan yang baik. Baru mula balik lepas kali terakhir ditimpa kecederaan. (Saya) masih lagi dalam fasa nak bina balik (tahap kecergasan).

“Saya kena mula balik dari kosong sejak kemalangan itu. Sebenarnya, saya nak mulakan perkara sama dari semalam, cuba lakukan pecutan panjang tapi Shah (Firdaus Sahrom) juga melakukan teknik yang sama. Jadi, saya kena tunggu dan gunakan taktik yang bersesuaian.

“Sudah tentu saya gembira tapi pada masa sama, gambaran lebih besar ialah Sukan Olimpik tahun hadapan.

Advertisements

“Ini soal membina balik tahap prestasi saya secara perlahan-lahan supaya saya dapat capai kemuncak prestasi dalam Sukan Olimpik nanti. (Saya) tak nak capai kemuncak terlalu awal,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Syenn Yeoh untuk Nadi Arena.

Kemenangan ini diharap menjadi pembakar semangat buat beliau untuk kembali mengejar kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram