Azlan Johar Yakin Skuad Harimau Malaya Mampu Melangkah Lebih Jauh
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar yakin skuad Malaysia kendalian Kim Pan-gon mampu melangkah lebih jauh berdasarkan prestasi semasa pasukan.

“Walaupun ada orang cakap-cakap kata Korea nak seri atau tak nak menang, bangkit dari ketinggalan sebelum mendahului sebelum ketinggalan lagi sehingga seri 3-3. Dari situ, kita sudah boleh lihat pemain-pemain kita ini ada kekuatan.”

“Kekuatan yang kita boleh kembangkan untuk bentuk skuad yang lebih mantap. Kumpulkan pemain-pemain ini sekerap yang mungkin sebab liga kita hanya bermula selepas Hari Raya Aidilfitri. Kumpulkan mereka seberapa banyak yang boleh untuk pertemuan menentang Oman nanti, sudah ada persiapan jitu telah dapat dilakukan oleh Kim Pan-gon.” ujar Azlan Johar kepada Astro Arena.

Advertisements

Azlan Johar turut menyarankan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewujukan pasukan pemantau khas untuk memantau prestasi skuad kebangsaan agar dapat meningkatkan kualiti permainan pasukan.

“Saya dapati pasukan-pasukan negara lain ada pemantau khas yang akan membuat laporan kepada presiden untuk presiden dan jawatankuasa teknikal membuat keputusan.”

“Di sini, kita dapati jawatankuasa khas ini terdiri daripada pakar-pakar yang mahir dan sedia berkhidmat untuk skuad kebangsaan secara sukarela. Kita biarkan mereka memantau pasukan kebangsaan, memantau jurulatih kebangsaan dari segi latihan hinggalah perlawanan.” ujarnya lagi.

Advertisements

Pasukan Harimau Malaya kini meraih pujian daripada para penyokong setelah mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Piala Asia 2023 tempoh hari.

Kini skuad kendalian Kim Pan-gon akan menghadapi cabaran Oman pada bulan Mac kelak untuk aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram