Azman Noh Berasa Bingung, Tiba-Tiba Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perak FC
Dunia
Utusan Malaysia
Advertisements

Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh terkejut dengan pelantikan dirinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perak FC seperti dilaporkan Azizan Hashim, Utusan Malaysia.

“Saya terkejut apabila membaca mengenai tindakan ini melalui tularan di WhatsApp kerana tidak dimaklumkan apa-apapun sebelum ini.”

“Bagaimana dengan jawatan pengurus besar, sudah tidak wujudkah GM di Perak FC?”

Advertisements

Azman Noh atau lebih mesra dipanggil Cikgu Man turut mempersoalkan pelantikan CEO baharu kerana sebelum ini difahamkan tidak akan ada CEO selepas Rizal Ali meletakkan jawatan.

Menurut Cikgu Man, Hairul Anwar Mohamed tidak boleh dilantik sebagai CEO kelab melainkan beliau melepaskan jawatan sebagai Exco PAFA.

“Jika mengikut peraturan FAM, orang FA (persatuan bola sepak negeri) tidak boleh pegang sebarang jawatan dalam kelab (FC).”

Advertisements

“Dia perlu lepaskan jawatan di FA terlebih dahulu jika ingin menjawat jawatan CEO.”

Kemelut dalaman Perak FC dan masalah kewangan kelab mula meruncing beberapa bulan yang lalu sehingga beberapa pemain utama meninggalkan pasukan dan Perak FC kini sedang berusaha mencari pemilik kelab untuk kekal beraksi dalam Liga-M musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram