Azmeer Yusof Kini Jurulatih Trinity FC
Liga M4
FA Kedah
Advertisements

Bekas pertahanan pasukan Kedah, Azmeer Yusof kini mengembangkan kariernya di dalam arena bola sepak tempatan apabila dilantik menjadi jurulatih Trinity FC.

Trinity FC bakal bersaing dalam Liga RF Social League yang mana liga tersebut merupakan saingan playoff untuk beraksi di saingan Selangor Champions League (SCL).

Antara nama-nama besar yang menjadi di bawah kendalian Azmeer di Trinity FC adalah bekas pemain Felda United, Zah Rahan Krangar dan juga bekas penyerang berbisa Terengganu, Francis Forkey Doe.

Advertisements

Baru-baru ini telah tular satu video di media sosial Tiktok yang memaparkan Azmeer sedang memberikan arahan kepada pemain-pemain kendaliannya. Kelibat Forkey Doe turut kelihatan dalam video tersebut.

Pasukan ini dikhabarkan turut mendapat sentuhan bekas pemain Pahang, Azidan Sarudin yang bertindak selaku pengurus dan juga pemain pada yang sama.

Aksi pertama Trinity adalah pada 8 November iaitu perlawanan menentang Shah Alam Bixon FC yang dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam.

Advertisements
https://www.tiktok.com/@azmeeryusof/video/7298112395870768385?_r=1&_t=8h9c1PmGK0H

Nama Azmeer sememangnya tidak asing lagi bagi penyokong pasukan Kedah apabila berjaya mencipta kejayaan gemilang bersama skuad Hijau Kuning itu. Antara pencapaian terbaik Azmeer bersama Kedah adalah pada 2019 yang menyasksikan Kedah menjulang Piala FA selain menjadi naib juara Piala Malaysia pada tahun yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram