Azmeer Yusof: Saya Minta Gaji RM1 Sebulan, Namun Syarat Saya Tidak Direstui
Blog
Kedah FC Official
Advertisements

Bekas pemain pertahanan kiri yang juga bekas pemain Kedah iaitu Azmeer Yusof baru-baru ini ada berkongsi pengalamannya ketika menerima satu tawaran dari seorang pegawai persatuan bola sepak untuk kembali ke kancah bola sepak tanah air.

Selepas mengundurkan diri dari skuad Hijau Kuning pada bulan Jun tahun lepas, tumpuan Azmeer banyak terarah kepada perniagaan beliau dan juga pusat pengajian miliknya yang dinamakan Pusat Pengajian Azmeer Yusof (PPAY).

Ternyata pengunduran Azmeer dari pasukan Kedah bukanlah satu titik noktah beliau di dalam arena bola sepak tanah air. Ini kerana beliau tetap mendengar tawaran dari beberapa pasukan yang mahu menggunakan khidmatnya untuk mengharungi liga ketika itu.

Advertisements

Dedah Azmeer di Channel Youtube Azmeer Yusof,

“Ada seorang pegawai persatuan hubungi saya untuk ‘join’ pasukan dia dan saya cakap kalau tuan dapat bagi tawaran yang baik, saya nak bermain”

Azmeer juga melakukan tindakan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemain apabila beliau meletakkan gaji  hanya RM1 saja untuk sebulan kepada pegawai persatuan itu. Pegawai itu ternyata terkejut dengan tawaran tak masuk akal dari Azmeer.

Advertisements

Tambah Azmeer “Niat saya memang ikhlas nak terima gaji sebanyak itu tapi dengan syarat, beliau (pegawai persatuan) terima syarat yang saya bagi”

Namun selepas Azmeer memberikan syarat-syarat yang diminta, tawaran itu terus senyap dan Azmeer menganggap perkara itu selesai dan beliau juga menganggap syarat itu tidak direstui.

Azmeer mendedahkan salah satu syarat beliau ialah meminta seluruh pasukan yang beragama Islam menunaikan solat asar berjemaah sebelum memulakan latihan pada waktu petang.

Advertisements

“Bila kita (pasukan) boleh buat solat berjemaah, InsyaAllah dengan izin Allah, Allah akan memberikan kekuatan dan kerahmatan  kepada team” jelas Azmeer.

Ikuti perkongsian penuh Azmeer Yusof di bawah :

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram