Dunia
Kedah FC
Advertisements

Bekas pemain pertahanan kiri pasukan Kedah, Azmeer Yusof pastinya dikenali oleh rata-rata peminat bola sepak Malaysia. Baru-baru ini, Azmeer Yusof ada berkongsi mengenai usaha beliau untuk beraksi dengan sebuah pasukan.

Satu muat naik di instagram story milik beliau, Azmeer berkongsi kesediaan beliau untuk beraksi semula dan sudah menawarkan khidmat untuk pasukan tersebut. Namun, beliau tidak mendedahkan pasukan mana yang disebutkan itu.

“Saya masih menunggu anda. Saya dah tawarkan khidmat saya untuk pasukan anda tahun depan tanpa sebarang bayaran kepada saya. Satu sen pun saya tak nak.

Advertisements

Azmeer juga mengesahkan bahawa menerima tawaran beberapa pasukan lain namun beliau terpaksa tangguh semua tawaran demi pasukan yang disebutkan itu.

“Saya ikhlas untuk membantu pasukan anda. Saya ‘whatsapp’ masih tak balas. Masih ada pasukan yang menawarkan kontrak kepada saya, namun saya ‘hold’ demi pasukan anda. Tolong beritahu secepat mungkin keputusan anda.

Advertisements

“Jika anda merasakan saya tidak bagus lagi, bawa saya pergi ‘training’ anda. Saya akan tunjukkan kebolehan saya. Ini bukan riak, tapi semangat saya untuk bantu pasukan anda dan bantu pasukan anda dari bayar gaji kepada seorang pemain,” jelas Azmeer di IG Story miliknya.

Melihat kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmeer Yusof, dipercayai pasukan yang beliau ingin wakili adalah pasukan yang mempunyai masalah dalam pembayaran gaji. Sebelum ini beliau pernah menawarkan khidmat dengan gaji RM 1 sebulan namun tawaran tersebut senyap.

Advertisements
Azmeer Yusof 1 Azmeer Yusof: Satu Sen Pun Saya Tak Nak, Saya 'Hold' Tawaran Lain Demi Pasukan Anda
Kredit : Instagram Azmeer Yusof
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram