Advertisements
Azmeer Yusof Takkan Pernah Lupa Keberanian Azraai Khor
Inspirasi
MakanBola
Azmeer Yusof_Mohd Azraai Khor

Bekas pemain Kedah dan Negeri Sembilan, Azmeer Yusof takkan pernah melupakan jasa dan keberanian jurulatih lagenda, Azraai Khor sepanjang beraksi dibawah kendalian jurulatih tersebut di Negeri Sembilan.

Azmeer menganggap jasa Allahyarham Azraai yang meminjam beliau dari pasukan Pos Malaysia suatu ketika dahulu adalah satu tindakan berani kerana Allahyarham satu-satunya jurulatih yang berjaya mengesan bakat yang ada pada dirinya ketika itu.

“Nak jadikan cerita, arwah satu-satunya jurulatih yang berani Loan saya dari pasukan Pos Malaysia FC dikala jurulatih-jurulatih lain tak nampak saya sewaktu itu.

“Beliau juga adalah jurulatih pertama dalam hidup saya yang membenarkan saya untuk overlap sesuka hati. Kerana apa? Kerana beliau sentiasa percaya pada saya dan juga pemain-pemain lain.

“Sebab tu sesiapa yang bermain di bawah Arwah, akan merasakan bebas di dalam padang,” luah Azmeer yang pernah beraksi untuk Negeri Sembilan pada 2012.

Dari kaca mata Azmeer, Allahyarham Azraai adalah seorang jurulatih yang yang tidak meletakkan dirinya sebagai seorang jurulatih. Oleh kerana itu, kehadiran Azraai sentiasa disenangi para pemain.

Terdahulu, Allahyarham Azraai disahkan meninggal dunia pada 8 Februari yang lalu kerana sakit dalam perut dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, Alor Setar.

Nama Azraai Khor sudah pasti akan terpahat dalam sejarah bola sepak Malaysia khususnya di negeri Kedah apabila pernah membawa pasukan bola sepak Kedah menjulang enam piala dalam tempoh dua musim iaitu pada musim 2007 dan 2008.