Komuniti
Mohd Azraai Khor
Advertisements

Selepas dikejutkan dengan pemergian legenda negara, Allahyarham Khalid Ali, arena bola sepak Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang lagi permata bola sepak, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Perkara ini disahkan sendiri oleh anak beliau, Firdaus Zainuddin menerusi satu hantaran di Facebook.

Screenshot 6 Azraai Khor Meninggal Dunia

Jurulatih legenda Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berusia 71 tahun itu dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung.

Advertisements

Nama Allahyarham amat dekat dengan penyokong Kedah bukan saja kerana mewakili negeri itu dari 1969 hingga 1980 sebagai pemain.

Malah, beliau juga bertanggungjawab membimbing pasukan yang diberi jolokan Sang Kenari itu menjulang gelaran treble berganda pada musim 2006-2007 dan 2007-2008.

Selain Kedah, Allahyarham pernah membimbing Perak FC, Sabah FC, Negeri Sembilan FC, T-Team dan Kelantan FC.

Advertisements

Di peringkat antarabangsa, Allahyarham pernah mewakili Harimau Malaya dari tahun 1975 hingga 1978.

Walaupun tidak lagi aktif sebagai jurulatih, pandangan beliau yang tajam dan bernas berkenaan bola sepak negara sentiasa menarik tumpuan ramai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram