Ads
Azmin Azram Anggap Pencapaian Paulo Josue Luar Biasa
Liga Super
KL City FC

Bekas penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Abdul Aziz menganggap rekod Paulo Josue sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman KL City FC luar biasa.

Advertisements

Sebelum ini, Josue berjaya menyamakan rekod gol beliau dengan legenda Singapura, Fandi Ahmad menerusi 67 gol. Rekod ini dilakar dalam kemenangan 3-0 KL City ke atas Sabah FC pada 31 Julai lalu.

Advertisements

Dan kini, rekod legenda Singapura itu berjaya dipintas Josue dalam aksi terbaru liga menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 14 September.

Advertisements
Advertisements

Tonggak Harimau Malaya itu membantu KL City meraih kemenangan 5-0 dengan dua gol pada minit ke-49 dan 58. Baki gol pasukan Lembah Klang itu disumbang dua Jovan Motika dan gol sendiri Hazrie Balqief Zulhadi.

Bagi Azmin, apa yang dilakukan Josue cukup menakjubkan. Ini kerana untuk mencapai rekod sebegitu, beliau perlu bersama pasukan untuk satu tempoh lama untuk merealisasikannya.

Advertisements

“Pandangan saya secara peribadi, itu rekod peribadi Paulo Josue. Dan kalau kita lihat balik carta yang ditayangkan tadi, untuk menjaringkan gol sebegitu, ia memerlukan satu masa yang lama untuk berada dalam sesebuah pasukan.

“Jadi, kalau kita lihat carta pemain-pemain yang ada tadi, itu melebihi dua tahun. Paling minimum pun dua tahun.

“Saya rasa ini adalah satu rekod yang sebagai pemain asing dan bermain dalam satu pasukan kalau tak silap saya tujuh tahun, itu satu pencapaian yang menakjubkan bagi saya,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola Khas di Astro Arena.

Rekod 69 gol yang dicipta Josue bukan saja mengatasi rekod Fandi. Malah, beliau turut mengatasi penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula, K. Kannan dan Subadron Aziz.

Advertisements

Kemenangan ini memastikan KL City mendaki ke kedudukan ke-10 liga dengan lapan mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram