Asia Tenggara
Hanoi Police FC
Advertisements

Azmin Azram Abdul Aziz yang memenangi trofi pertamanya sebagai jurulatih bersama pasukan Hanoi Police mengakui menerima cabaran yang genting dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum pasukannya bergelar juara liga.

Advertisements

Bagi Azmin, detik genting buat Hanoi Police bermula setelah berlakunya pertukaran jurulatih atas faktor-faktor tertentu sewaktu liga masih berbaki 5 perlawanan.

Malah pada waktu itu terdapat 4 pasukan memiliki kutipan mata yang hampir sama termasuk pasukan Hanoi Police. Ini memberikan lagi tekanan dalam merebut kejuaraan liga kepada pasukan beliau.

Advertisements

Namun pasukan Hanoi Police berjaya mengatasi tekanan tersebut apabila berjaya memenangi 3 perlawanan, meraih 1 seri dan hanya kalah sekali dalam 5 perlawanan terakhir liga.

Dalam temu bual bersama Astro Arena, Azmin Azram turut berkongsi beliau tidak menyangka akan memenangi kejuaraan di Vietnam.

Advertisements

Malah Azmin menganggap peluang bekerja di Vietnam sudah cukup baik baginya dalam menambahkan lagi pengalaman beliau dalam dunia kejurulatihan.

Jurulatih penjaga gol Hanoi Police ini merupakan bekas jurulatih penjaga gol skuad senior Harimau Malaya sebelum beliau berhijrah ke Vietnam pada awal musim 2023 untuk menyertai barisan kejurulatihan Hanoi Police.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram