Azraai Khor Anggap Misi Malaysia Ke Piala Dunia Masih Mustahil
Dunia
Berita Harian
Advertisements

Jurulatih bola sepak berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah menganggap misi Malaysia ke pentas Piala Dunia masih mustahil.

Beliau menjelaskan untuk membina pasukan yang mampu layak ke Piala Dunia, seharusnya mempunyai persiapan dan perancangan yang cukup kuat. Namun bagi Azraai perjalanan skuad negara masih jauh berbanding pasukan Vietnam dan Thailand.

Menurut Azraai, semasa zaman 70-an beliau akui Vietnam antara negara yang menjadi belasahan Malaysia dibandingkan bola sepak sekarang beliau tidak dapat melihat kemajuan untuk ke hadapan.

Advertisements

“Untuk membentuk sebuah pasukan yang bagus dan berkualiti tinggi, Malaysia memerlukan ‘blue print’ yang benar-benar mantap,” jelasnya.

“Saya tidak dapat melihat bola sepak kita maju ke depan, kalau diimbas kembali pada zaman 70-an, Vietnam adalah negara yang menjadi belasahan Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malaysia kini dalam kedudukan di ranking ke-145 naik satu anak tangga telah memintas Hong Kong selepas di kemas kini ranking terbaru FIFA. Malaysia terus mencatat unjuran yang cukup positif di bawah kepimpinan ketua jurulatih baharu Malaysia Kim Pan-gon.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram