Dunia
NST / FB Azraai Khor
Advertisements

Bekas jurulatih pasukan Kedah, Muhammad Azraai Khor Bin Abdullah meluahkan rasa terkejutnya setelah melihat senarai panggilan 31 pemain bawah 23 tahun ke kem latihan menjelang Sukan Sea 2021 di Vietnam.

Azraai yang juga pernah menjulang kejuaraan ‘double treble’ bersama Kedah seperti tertanya-tanya mengenai ‘ubi-ubi’ muda Kedah selepas hanya seorang sahaja pemain Kedah Darul Aman FC dipanggil iaitu Aiman Afif yang kini berusia 21 tahun.

Azraai Khor Kedah Azraai Khor Kecewa Kedah Hanya Ada Satu 'Ubi'
Status ini dimuatnaik dari laman sosial Facebook Azraai Khor sendiri.

Keadaan itu menggusarkan Azraai yang pastinya mahu melihat lebih ramai pemain muda Kedah terpilih. Namun begitu, rata-rata pengikut beliau di Facebook kebanyakannya mengaitkan perkara itu dengan sistem pembangunan di Kedah.

Advertisements

Salah seorang penyokong berpendapat untuk tempoh satu ke dua tahun kebelakangan ini, pemain muda Kedah dilihat kurang mendapat pendedahan bola sepak dan Aiman Afif yang terpilih ke panggilan kali ini juga sukar untuk mendapatkan tempat bersama pasukan Liga Super Kedah.

Azraai dilihat bersependapat dengan komen tersebut dan mengiyakannya. Untuki rekod, Aiman Afif hanya turun sekali sahaja musim ini iaitu untuk saingan Piala FA menentang KSR Sains. Beliau masih belum membuat penampilan untuk saingan Liga Super.

Selain Aiman Afif, skuad Kedah juga mempunyai seorang lagi pemain berumur bawah 23 yang dilihat berpotensi untuk dipilih iaitu Azmeer Aris (pertahanan kiri). Namun berkemungkinan besar, khidmat pemain itu sangat ditagih untuk kesebelasan utama pasukan Kedah.

Advertisements
Azraai bersetuju dengan komen pengikutnya.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram