Azraai Khor: Mereka Tidak Gagal
Dunia
TNP
Advertisements

Kejayaan skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara kendalian Brad Maloney pada Sukan SEA Hanoi 2021 masih boleh dibanggakan meskipun mereka tidak berjaya peroleh sebarang pingat.

Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berpendapat bahawa pasukan B-23 dibawah kendalian Brad Maloney kali ini tidak gagal kerana bagi beliau perkataan gagal itu tidak boleh dilabelkan sesuka hati tanpa melihat daripada sudut yang lain.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pasukan itu telah membuktikan kemampuan mereka apabila berjaya layak ke separuh akhir berbanding saingan sebelum ini.

Advertisements

“Kalau ditanya sama ada pasukan muda negara gagal atau tidak, pada pendapat saya tidak gagal. Takkan kena bawa balik pingat baru kita nak kata mereka berjaya,” ujarnya.

“Kita kena tengok juga pada aspek-aspek teknikal, barulah kita boleh labelkan pasukan ini gagal. Malah, mereka juga berjaya memperbaiki prestasi apabila berjaya layak ke separuh akhir berbanding edisi sebelum ini,”

Sementara itu, Azraai turut menyatakan bahawa skuad kendalian Maloney telah mempamerkan aksi yang lebih cemerlang walaupun tanpa khidmat tiga pemain senior sepertimana yang dibenarkan penganjur.

Advertisements

“Keseluruhannya, saya boleh cakap mereka tidak gagal. Mereka masih dalam proses berkembang dengan lebih bagus untuk menjadi sebuah pasukan mantap,” katanya kepada Sukan Sinar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram