Azraai Khor Namakan Dua Penyerang Tempatan Yang Bersesuaian Dengan Falsafah Kim Pan-gon
Dunia
NST
Advertisements

Jurulatih berpengalaman, Azraai Khor menyatakan bahawa ada 2 penyerang ini yang dilihat mampu beraksi dengan lebih baik apabila bersama pasukan kebangsaan sekiranya diberikan peluang untuk mereka.

Jurulatih yang berusia 70 tahun itu akui Pan-gon masih baru dan jangka masa yang dia ada di sini sudah memadai untuk beliau membuat keputusan yang betul.

Dalam pada itu, Azraai turut menjelaskan dua penyerang itu telah mendapat kembali sentuhan untuk beraksi dan berharap agar pemain ini mengekalkan fokus ketika berada di dalam padang.

Advertisements

“Kita tengok Darren Lok bermain dengan PJ City, dia ada usaha, jadi elok bagi peluang. Syafiq Ahmad pula main dengan Kedah mula dapat sentuhan dan mudah-mudahan dia diberi peluang dalam pasukan kebangsaan.”

“Lagi pun liga pula baru mula dan dia (Pan Gon) baru sampai. Itu memadai dengan jangka masa yang dia ada dekat sini,” ujar Azraai Khor kepada BH Sukan.

Advertisements

Syafiq Ahmad dijangka kekal menjadi pilihan utama untuk mengemudi jentera serangan Harimau Malaya dalam siri perlawanan persahabatan yang berlangsung di Singapura hujung bulan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram