Azraai Khor Cadang Pengurusan Kedah Jujur Dengan Penyokong
Dunia
FA Kedah
Advertisements

Walaupun pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya layak ke pusingan kalah mati Piala AFC Zon Asean, namun prestasi mereka dalam saingan domestik menjadi tanda tanya.

Pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak itu kini menduduki tangga ke-6 Liga Super dan dua perlawanan terkini mereka berakhir dengan episod kekalahan.

Bekas jurulatih pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang terjadi kepada pasukan Kedah. Beliau merasakan pihak pengurusan perlu jujur kepada penyokong berkenaan masalah yang membelenggu pasukan Hijau Kuning ketika ini.

Advertisements

‘Terima kaseh CEO KDA FC calling2 tadi. Nak tahu statement saya dalam fb Hkc. Com tentang pengurusan. Saya tulis “pengurusan seolah rahsiakan keadaan, kita tak tahu apa yang berlaku.

“Setelah sembang panjang lebar, beliau pun panjang juga bercerita. Apa-apa pun saya cadangkan jumpa lah wakil-wakil penyokong kita, kongsi bersama mereka apa yang sebenarnya berlaku,” jelas Azraai dalam status yang dimuatnaik di laman Facebook milik beliau.

Dalam masa yang sama, Azraai turut berkongsi kata-kata daripada bapa pembangunan bola sepak Kedah, Allayarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil.

Advertisements

“Arwah Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pernah berkata Tiada rahsia diantara kita dengan penyokong kita. The team is nothing without the fans. There is nothing to hide…. Berani kerana benar,” luah Azraai lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram