Azri Ghani Cemerlang Bina Karakter Tersendiri Di Pentas Asia
Dunia
AzriHaziq / MakanBola
Advertisements

Penjaga gol Kuala Lumpur City, Azri Ghani tampil menzahirkan penghargaan kepada seluruh barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan kerana telah banyak mendorong beliau daripada pelbagai aspek untuk beraksi di pentas Asia.

Terdahulu, tatkala Azri Ghani diberikan tugas menjadi penjaga gol Malaysia pada aksi Piala AFF B-23, beliau telah tersalah menilai arah bola. Perlawanan tersebut telah mengakibatkan skuad mudah negara tewas ditangan Vietnam pada masa tambahan.

Kesilapan itu pastinya masih segar dalam fikiran Azri ketika mengharungi aksi Piala AFC baru-baru ini bersama KL City ketika menentang pasukan Viettel di Ho Chin Minh.

Advertisements

Kesilapan tersebut dilihat telah menjadikan beliau semakin matang dan bangkit untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

Beliau dapat menebusnya dengan memperagakan aksi yang cemerlang apabila pasukan KL City mudah menjinakkan pasukan PSM Makassar dengan keputusan 5-2 malam tadi.

“Terima kasih kepada jurulatih, pemain-pemain yang banyak membantu saya, banyak beri semangat untuk saya beraksi dalam sebuah pasukan yang besar di Asia.”

Advertisements

“Alhamdulillah malam ini kita tunjukkan prestasi yang baik, walaupun saya sudah lama tidak beraksi dalam liga tetapi setiap kali saya bermain di Pentas AFC, saya letakkan diri saya sentiasa sabar dan malam tadi saya balasnya dengan aksi yang terbaik,” ujar Azri ketika ditemubual MakanBola.

Aksi dilihat akan terus dijadikan taruhan terbaik skuad kendalian Bojan Hodak dalam peringkat seterusnya untuk kempen Piala AFC 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram