Azri Walter Tak Sanggup Buang Masa Lawan Wakil Sekolah ‘Simpanan’
Komuniti
Azri Walter
Advertisements

Pempengaruh media sosial, Azri Walter dalam satu video menjelaskan beberapa sebab beliau menolak pelawaan rakan-rakannya untuk bermain bola.

Bekas pemain kebangsaan itu bagaimanapun menegaskan bahawa beliau bukannya sombong sebaliknya ada sebab tersendiri mengapa beliau tidak bermain bola di peringkat sosial.

“Terima kasih kepada kawan-kawan yang jemput saya untuk friendly bola. Saya bagi tahu kenapa saya tak dapat sertai korang. Tapi korang jangan salah faham, saya bukan berlagak sombong.”

Advertisements

“Dia begini, saya ni bekas pemain negara, saya dah capai dan rasa permainan berintensiti tinggi punya perlawanan. Saya dah pergi ke peringkat antarabangsa.”

“Apabila kawan-kawan dalam media sosial ajak saya main, mereka ni wakil sekolah simpanan, wakil kilang plastik, wakil tempat kerja, wakil rumah merah,” kata Azri.

Azri menjelaskan bahawa beliau risau jikalau kehebatannya itu sangat terserlah diatas padang sehingga merendahkan keupayaan kawan-kawannya yang lain.

Advertisements

“Jadi bila saya setuju pergi main dengan diorang, dah tentulah saya paling handal. Saya nak tanya, saya zalim tak dengan diorang? Saya akan membuatkan mereka nampak tak bagus.

“Jadi disebabkan saya tak mahu orang lain ada rasa macamtu, saya tolak. Saya tolak tawaran ni sebenarnya sebab saya humble,” ujar Azri.

Usahawan berjaya ini sering memuat naik video motivasi, tips kewangan dan bisnes serta berkongsi pengalaman bergelar seorang pemain bola sepak professional di beberapa platform media sosial.

Advertisements

https://vt.tiktok.com/ZSLYYJq55/

Sebelum menamatkan karier sebagai pemain bola sepak, Azri sempat beraksi bersama pasukan Selangor di kancah Liga Super. Beliau juga ketika remaja pernah mewakili Malaysia menyertai Kelayakan Piala Dunia Remaja, menyertai kejohanan Nike Cup Asia Pacific, dan menjadi juara Piala Belia bersama pasukan Selangor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram