Azurin Mazlan Lebarkan Sayap Perkuat Pasukan Di India
Dunia
famalaysia
Advertisements

Penjaga gol skuad kebanggsaan wanita negara, Nurul Azurin Mazlan sah akan berkelana ke India untuk mewakili sebuah kelab yang akan bersaing dalam Liga Amatur India bulan hadapan. 

Menurut kenyataan dikeluarkan penjaga gol wanita itu, beliau akui mendapat tawaran dari segi penginapan, makan dan juga tiket penerbangan. Akan tetapi, beliau tidak akan menerima sebarang tawaran gaji sepanjang kariernya di sana seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia.

Tempoh Liga Amatur tersebut berlangsung selama dua bulan. Penjaga gol berusia 21 tahun ini tekad untuk mengejar cita-citanya untuk mencari pengalaman yang berharga di luar negara. Untuk kontrak, Azurin akan beraksi bersama kelab di Bengaluru, India bermula 1 Disember hingga 10 Februari 2022. 

Advertisements

“Ini penjaga gol wanita Malaysia (menunjukkan gambar). Dia dapat tawaran Liga Amatur di India. Diberi penginapan, makan dan tiket pesawat.”

“Liga dua bulan sahaja. Demi mengejar cita-cita untuk bermain di liga luar dia terima tawaran tersebut. Betul (dapat tawaran) tapi kita belum boleh dedah selagi kelab tak dedahkan.” kata Azurin.

Mengulas lanjut, penjaga gol kelahiran Klang ini juga bakal menerima bantuan daripada lagenda bola sepak Malaysia, Hairuddin Omar apabila Hai-O mengesahkan bahawa beliau akan menaja makanan kepada Azurin sebagai tanda semangat untuk beliau teruskan kariernya tanpa memikirkan soal kewangan makanan.  

Advertisements

“Ya memang saya ingin bantu agar dia boleh berlatih dan ber­aksi dengan baik tanpa perlu memikirkan tentang makanan di sana.

“Hai-O (bekas pemain kebangsaan, Hairuddin Omar) ada menaja makanan kepada Azurin,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Untuk rekod, Azurin merupakan tonggak utama buat skuad kebanggsaan wanita negara (Malayan Tigress) ketika menewaskan Palestin untuk kelayakan Piala Asia Wanita 2020 yang telah berlangsung bulan September lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram