B. Sathianathan Akui Situasi Bola Sepak Negara Kini Lebih Dikuasai Oleh Netizen
Dunia
Sinar Harian
Advertisements

Bekas pengendali Harimau Malaya, B. Sathianathan menyatakan bahawa ketika ini status bola sepak negara lebih dikendalikan oleh netizen dan akui tidak ada apa-apa kaitan dengan FAM tentang keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta kelab menunda perlawanan tersebut.

Perkara ini disebabkan kejadian yang berlaku sebelum ini, ada juga dilihat bertindak keterlaluan dengan memaki atau ‘menyerang’ kelab, jurulatih dan FAM apabila pasukan negara gagal untuk menjulang kemenangan.

Bagaimanapun, Sathianathan memuji Maloney kerana mampu menyenaraikan kesebelasan utama pemain yang terbaik untuk beraksi ke temasya Sukan Sea di Hanoi, Vietnam nanti.

Advertisements

“Bagus untuk negara apabila Maloney menyenaraikan barisan pemain terbaik. Saya nak bertanya adakah netizen bersetuju jika Maloney tidak mendapat kesebelasan pemain terbaik untuk dibawa ke Sukan Sea itu,” katanya.

“Apa yang boleh saya katakan, jika tak dapat pingat emas kena maki. Beliau (Maloney) pun risau jika tidak dapat bawa apa-apa apabila ke Sukan Sea,” jelasnya.

“Situasi sekarang bukannya saya mahu kata berkaitan FAM (menyebelahi FAM) namun situasi adalah bola sepak dikawal oleh netizen,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisements

Kini penundaan kelab berkenaan perlawanan tersebut adalah untuk memberi laluan dan peluang kepada skuad Bawah 23 membariskan pemain terbaik mereka sebelum mengharungi saingan Sukan Sea.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram