“Jangan Cakap Banyak, Saya Cabar Lim Teong Kim Bawa Pemain Malaysia ke Jerman” – B. Sathianathan
Dunia
Stadium Astro
Advertisements

Pengarah teknikal Sarawak United dan bekas jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan mencabar Lim Teong Kim agar kurangkan bercakap dan bawa pemain Malaysia ke Eropah.

Menurut B. Sathianathan, Lim Teong Kim sepatutnya menggunakan pengaruh di Eropah untuk membawa masuk pemain Malaysia beraksi di sana seperti yang dilaporkan La Bola Malaya.

“Kalau tengok di Mongolia, ada seorang main di FC Komarno (kelab di Slovakia) di bawah Puskas Project. Macam mana pemain itu dapat peluang? Dua tahun lepas Mongolia dilatih seorang jurulatih dari Slovakia, Ratislav Bojic yang juga bekas pembantu saya. Dia bawa dua pemain yang berbakat (di Mongolia) ke Slovakia, nampak tak bagaimana dia gunakan pengaruh dia.”

Advertisements

“Jadi kalau dia (Lim Teong Kim) kata budak NFDP ni bagus sangat, mengapa dia tak bawa ke Jerman? Mengapa budak-budak NFDP tak cukup bagus ke nak pergi main di Divisyen Dua, Divisyen Tiga Jerman. Lim Teong Kim kan sangat masyhur di Jerman, ada nama besar, pengaruh besar, takkan tak ada connection?

“Kalau dia nampak budak-budak NFDP ni betul-betul berbakat di mata dia, sudah tentu dia tahu mereka boleh main di Eropah atau tidak. Mengapa dia tidak bantu? Kalau dia fikir budak itu bagus, mesti dia bawa ke Jerman, atau ke mana-mana sahaja.”

“Setakat habis program kemudian diborong Selangor, diborong Johor darul Ta’zim, main dalam Liga Malaysia dengan Selangor II, Terengganu II, JDT II, Perak II bagi saya tiada ada-apa. Takkan itu sahaja tahap mereka? Malah Luqman Hakim pun kelab Belgium bawa masuk dibantu oleh Vincent Tan. Ada sesiapa boleh nafikan?”

Advertisements

“Zaman saya bawak pasukan B-19 dulu pun dah ada habis jer Piala Dunia Belia semua sertai pasukan negeri, Khalid Jamlus, Indra Putra, Saravanan, Norhafiz Zamani dan ramai lagi. Akmal Rizal pergi main di Perancis, Fadzli Shaari pergi main di Jerman. Itu zaman sebelum NFDP, takkanlah sekarang tahap lebih rendah daripada dulu? Program NFDP tu keluarkan belanja besar, jadi sudah tentu harapan kita pun besar.”

“Jadi jangan cakap banyak, saya cabar Lim Teong Kim kalau budak AMD ni bagus sangat bawa pergi Jerman, dengan dia punya connection, kan dia terkenal hasilkan Thomas Muller, jadi gilaplah mereka jadi Malaysia punya Muller.”

“Tak perlu ramai, seorang dua pun cukup. Lagipun dia jurulatih betul-betul bertauliah yang ada lesen Jerman, paling bijak, kita lesen kampung, tapi ingat kita ni lesen kampung pun bukannya bodoh,” ujar Sathianathan kepada La Bola Malaya.

Advertisements

Persilihan pendapat dua individu ini bukanlah perkara baru dan ia bersambung semula apabila B. Sathianathan mempersolakan sumbangan program NFDP kepada pembangunan bola sepak Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram