B.Sathianathan Mahu Arif Aiman Ketuai Jentera Serangan Malaysia Berdepan Laos
Dunia
fam/kamekmiaksarawak
Advertisements

Menurut satu kenyataan daripada Pengarah Teknikal Sarawak United, B. Sathianathan, beliau menyatakan bahawa pasukan Laos bukan pasukan yang mudah untuk dibolosi dengan jaringan yang besar. 

Bekas pengendali skuad negara itu turut menegaskan bahawa bertemu pasukan Laos memerlukan barisan pemain yang berkualiti dari segi pengawalan bola di kaki dan juga pemain yang bijak mencari ruang kosong diantara pemain lawan. 

Pemain paling bernilai, Arif Aiman, antara nama yang menjadi pilihan buat Sathianathan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama bertemu pasukan Laos esok. Beliau menjelaskan Arif sedang berada dalam prestasi terbaik ditambah dengan minit permainan yang mencukupi. 

Advertisements

“Pasukan Vietnam sukar untuk menjaringkan gol ketika menentang Laos. Mereka hanya menjaringkan dua gol sahaja,” 

“Untuk menentang pasukan Laos, kita perlu ada pemain-pemain yang berkualiti dari segi bijak mencari ruang kosong dan pengawalan bola di kaki yang sangat baik,”

“Bagi saya mungkin Arif Aiman, dia dalam prestasi yang baik. Beliau sudah bermain banyak perlawanan dan juga telah bermain bersama skuad senior,”

Advertisements

Mengulas lanjut, bekas pengendali Selangor itu akui dengan kekuatan yang dimiliki oleh pasukan Laos. Pasukan Laos memiliki gaya serangan balas yang sangat berbahaya berbanding pasukan Kemboja. 

“Laos tidak boleh kalah untuk perlawanan menentang Malaysia. Mereka akan cuba bermain secara bertahan dan serangan balas. Serang balas dari pasukan Laos lagi bahaya berbanding pasukan kemboja,” kata Sathianathan kepada Astro Arena.

Skuad Harimau Malaya bakal menentang pasukan Laos pada hari esok bagi aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan B.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram