B. Sathianathan Pelik Dengan Keputusan Penganjur Sukan SEA
Dunia
Sinar Harian
Advertisements

Bekas pengendali pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) negara, B. Sathianathan dilihat tidak hairan dengan keputusan pihak penganjur Sukan SEA Hanoi 2021, malah pelik kerana membuat peraturan sesuka hati mereka.

Sathianathan menyatakan bahawa perkara ini memang sudah biasa sejak dari dulu lagi. Namun, beliau berpendapat dengan situasi Covid-19 yang masih melanda mereka perlu berlembut sedikit dan menambah jumlah para pemain yang boleh didaftarkan.

Dalam pada itu, bagi beliau perkara sebegini adalah sesuatu yang mengecewakan dan menganggap ia hanya memberi kelebihan kepada tuan rumah.

Advertisements

“Sebenarnya, saya tidak terkejut dengan keputusan itu kerana Sukan SEA memang begitu sejak dari dulu lagi. Sesuka hati buat peraturan sendiri tetapi mahu melabelkan temasya ini umpama berkelas tinggi.”

“Tetapi saya rasa dengan situasi Covid-19 yang masih melanda mereka perlu berlembut sedikit dan menambah jumlah para pemain yang boleh didaftarkan. Sebab kalau ada di antara mereka dijangkiti Covid-19, ia mungkin berpotensi merebak dengan cepat kerana mereka berkongsi bilik.”

“Malah kalau mereka membawa para pemain yang lebih sekalipun, pemain itu bukannya boleh berlatih bersama kerana hanya pemain yang didaftarkan sahaja dibenarkan berada dalam gelembung. Jadi saya harap mereka boleh kaji semula peraturan itu yang saya lihat ia akan beri kelebihan buat tuan rumah sahaja,” katanya kepada Sukan Sinar.

Advertisements

Untuk rekod, berdasarkan peraturan sukan bola sepak di temasya Sukan SEA, setiap pasukan dibenarkan menyenaraikan 50 pemain dalam senarai awal sebelum perlu memilih hanya 20 pemain dalam senarai akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram