B. Sathianathan: Ronaldo Yang Dibayar Berjuta Pun, Bila Portugal Panggil Dia Pergi
Dunia
MFL
Advertisements

Pengarah teknikal Sarawak United, B. Sathianathan baru-baru ini berkongsi pandangan beliau mengenai keputusan yang terpaksa dihadap oleh pasukan negara susulan tersingkir awal daripada kejohanan Piala AFF kali ini.

Bekas pengendali Selangor ini berpandangan bahawa terdapat beberapa aspek penting yang perlu segera dinilai semula oleh pasukan bagi memastikan Harimau Malaya kembali menemui semula rentak dalam kelayakan Piala Asia nanti.

Ketika ditanya mengenai apa tindakan yang perlu dilakukan ketika ini, beliau yakin jika pasukan negara melakukan persiapan yang secukupnya, ia pasti dapat merubah nasib pasukan.

Advertisements

’Persediaan yang dibuat oleh pasukan mestilah persediaan yang rapi.’

Bukan itu sahaja, barisan kejurulatihan juga perlulah mengambil barisan pemain yang benar-benar layak untuk membawa cabaran negara di peringkat tertinggi.

’Ambil pemain terbaik yang kita ada. Semua pemain yang dipanggil untuk ke kem negara kena datang.’

Advertisements

’Ronaldo yang dibayar berapa juta seminggu tu pun, bila Portugal panggil dia pergi.’

’Panggilan untuk mewakili negara haruslah menjadi keutamaan buat setiap pemain,’-Jelas beliau dalam temubual Bola@Mamak.

Beliau menekankan di akhir temubual bahawa pemain perlulah sentiasa bersedia di samping persediaan rapi haruslah dilakukan kerana tanpa perancangan yang rapi, Harimau Malaya akan mengalami kesusahan. Bekas jurulatih kebangsaan ini meluahkan kekecewaan beliau apabila Malaysia sekadar menamatkan saingan di peringkat kumpulan kerana merasakan para pemain mampu untuk melakukan dengan lebih baik.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram