Baddrol Bakhtiar Kagum Dengan Pengorbanan Penyokong Sabah Penuhi Stadium
Dunia
Sabah Football Club
Advertisements

Ketua pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar tekad untuk membawa pasukan Sabah mara ke pentas tertinggi setelah kagum melihat banjiran penyokong Sabah FC yang turun memenuhi stadium.

Pemain tengah berpengalaman itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan, menjadi penggerak utama dalam perlawanan antara Sabah dan Selangor pada semalam. Perlawanan tersebut menyaksikan Sabah berjaya mengikat Selangor dengan keputusan seri 1-1.

Selepas tamat perlawanan, Baddrol telah ditanya wartawan berkaitan hasratnya untuk kembali mewakili skuad kebangsaan. Menurut Baddrol, ketika ini fokus utamanya adalah memberikan yang terbaik buat pasukan Sabah.

Advertisements

“Saya masih berfikir tentang itu kerana fokus utama saya adalah untuk membawa skuad Sabah pada tahun ini lebih jauh dan beri sesuatu untuk rakyat Sabah.”

Pemain berusia 34 tahun ini juga menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua penyokong pasukan Sabah yang membanjiri Stadium Kelana Jaya semalam. Beliau yakin dengan kehadiran penyokong yang ramai, ia bakal memberi motivasi yang baik buat pasukan.

“Saya sendiri dan rakan sepasukan yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong pasukan Sabah yang membanjiri stadium pada malam ini untuk menaikkan lagi semangat pasukan. Anda semua memang terbaik,” ujar Baddrol ketika ditemu bual Harimau Malaya.

Advertisements

Sabah kini sedang menduduki tangga ketiga carta saingan Liga Super 2022. Setakat sembilan perlawanan, anak buah Ong Kim Swee telah berjaya mencatatkan enam kemenangan.

Skuad The Rhinos bakal bertemu pasukan Negeri Sembilan pada aksi saingan Liga Super seterusnya yang dijadualkan berlangsung di Stadium Paroi pada 3 Julai kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram