Baddrol Bakhtiar Kembali Sebagai Pemain
Komuniti
FA Kedah
Advertisements

Selepas menceburi bidang politik, Baddrol Bakhtiar dilihat memberikan fokus sepenuhnya kepada bidang baharunya itu. Sehingga kini, masih belum ada ura-ura bahawa beliau akan kembali menyarung jersi mana-mana kelab.

Lagenda bola sepak Kedah itu walau bagaimanapun mengambil inisiatif untuk menyumbang kepada komuniti dun yang dimenanginya iaitu kawasan Gurun di Kedah. Antara inisiatif yang dijalankan adalah menubuhkan sebuah kelab bola sepak yang dinamakan Team Bola BB7.

Baru-baru ini, Baddrol dilihat kembali beraksi sebagai pemain buat Team Bola BB7 dalam satu aksi persahabatan menentang Petronas.

Advertisements

Selain beraksi sebagai pemain, Baddrol juga diberikan penghormatan untuk merasmikan padang bola sepak Petronas. Pekara tersebut dikongsikan oleh Baddrol melalui paltform media sosial Instagram miliknya.

Untuk musim 2023, Baddrol sempat beraksi dalam 15 perlawanan buat Sabah FC dengan berjaya meledak 5 jaringan dan turut menyumbang dua bantuan gol. Namun jodohnya bersama Sabah terlerai pada Julai lalu selepas persetujuan bersama dapat dicapai kedua-dua pihak.

Sebulan selepas meninggalkan Sabah, Baddrol bertanding dalam Pilihanraya Negeri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun. Baddrol mencipta kejutan apabila menang besar di DUN tersebut dengan memperoleh 17,771 undi dan majoriti sebanyak 6,684.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram