Baddrol, Rizal & Dominic Sertai Kem Latihan Sabah FC Bulan Hadapan
Dunia
Sabah FC
Advertisements

10 Januari depan, tiga tonggak baharu Sabah FC, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Dominic Tan bakal menyertai sesi latihan bersama pasukan di Kota Kinabalu.

Perkara itu diperjelaskan pengendali Sabah FC, Ong Kim Swee seusai sesi latihan pertama di Padang Sintetik, Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam.

Ong Kim Swee memaklumkan bahawa skuad kendaliannya itu akan menghadapi tiga fasa sebagai latihan pra musim. Menurutnya, persiapan rapi akan dilakukan sebelum menghadapi kempen liga musim hadapan. 

Advertisements

“Hari ini (semalam) adalah sesi latihan pertama. Kita ada tiga fasa untuk bersiap sedia menghadapi latihan pra musim. Apa yang penting ini adalah persiapan rapi untuk kita menghadapi Liga Malaysia musim hadapan.”

Mengulas lanjut, OKS yakin dengan kehadiran tiga pemain kebangsaan itu bakal memperkuat pasukan Sabah. Mereka ini dijangka tiba di Kota Kinabalu pada 10 Januari.

“Kita yakin dengan kehadiran tiga pemain itu nanti akan memperkukuhkan lagi kekuatan Sabah FC. Kita jangka mereka sampai pada 10 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan selepas latihan pertama Sabah FC.

Advertisements

Pengendali berusia 51 tahun itu berpendapat penting untuk sesebuah pasukan mendapatkan rentak positif dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Dalam minggu pertama tidak banyak yang kita akan lakukan kecuali mendapatkan balik rentak agar semua pemain dapat bersama-sama bukan sahaja di dalam padang tetapi juga di luar padang,” kata Ong Kim Swee kepada BH Online.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram