Tawar Hati Dengan Kelab, Bagaimana Pemain Mendesak Untuk Dilepaskan
Eropah
Advertisements

Ketika berita penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane yang tidak hadir ke latihan menjelaskan bahawa beliau mula mendesak agar kelab tersebut melepaskannya kelihatan seperti berkaitan dengan beberapa senario yang pernah terjadi dalam dunia bola sepak Eropah.

Ketika gergasi bola sepak Inggeris, Manchester City mula mengorak langkah untuk menandatangani Harry Kane dan juga Jack Grealish, kapten pasukan England itu percaya bahawa beliau mampu untuk mencapai kata sepakat bersama pemilik kelab, Daniel Levy untuk keluar daripada kelab London tersebut.

Tindakan Kane ini bukanlah kali pertama terjadi dalam senario bola sepak di sana malah, beberapa pemain juga pernah melakukan tindakan yang sama untuk memaksa kelab melepaskan mereka menjelang pintu perpindahan.

Advertisements

Spekulasi perpindahan Harry Kane ke Manchester City bukanlah satu berita baharu melibatkan kelab Manchester itu. Malah, kelab itu bersedia untuk memenuhi permintaan Spurs untuk membayar sebanyak £150 untuk bintang mereka itu. Selain itu, City merupakan salah satu destinasi pilihan Kane sekiranya perpindahan keluar dari Spurs berjaya direalisasikan.

Senario ini sama seperti yang terjadi antara City dan Liverpool ketika urusan jual beli Raheem Sterling pada tahun 2015. Sungguhpun ketika itu beliau masih muda, namun rekod jaringan sebanyak 23 gol serta 25 bantuan gol sepanjang 129 penampilan buat The Reds menyebabkan pasukan itu ingin mengikat tonggak mereka untuk jangka panjang.

Pemain berusia 20 tahun itu menyatakan hasratnya untuk berpindah keluar sungguhpun menyertai latihan pra-musim bersama pasukannya bagi kempen 2015-2016. Sungguhpun jurulatih pasukan ketika itu, Brendan Rodgers memasukkan Sterling dalam pasukan untuk dibawa ke perlawanan pra-musim, segalanya berubah apabila City melakukan bidaan kali ke-3 dan perpindahan itu terjadi sejurus itu.

Advertisements

Perkara yang sama turut terjadi kepada bintang sensasi Liverpool iaitu Phillipe Coutinho. Beliau dengan lantang menyatakan hasratnya untuk berpindah ke Catalonia pada tahun 2018 setelah beberapa musim menampilkan aksi cemerlang di Merseyside.

Pemain kelahiran Brazil itu menjadi pemain utama yang diinginkan Bercelona setelah berjaya mencetak 54 gol sepanjang beraksi buat pasukan The Reds. Beliau telah menyatakan keinginan untuk berpindah ke Barcelona namun telah dinafikan oleh pemiliknya, Fenway Sports Group yang menyatakan bahawa beliau tidak akan berpindah.

Perkara itu benar-benar berlaku apabila Countiho membuat 14 penampilan buat Liverpool pada musim itu sebelum jendela perpindahan dibuka semula pada Januari. Akhirnya, Coutinho berjaya melengkapkan perpindahan impiannya ke Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak £146.

Advertisements

Oleh yang demikian, situasi yang melibatkan Kane bukanlah perkara baru yang terjadi dalam dunia bola sepak moden. Pemain juga mempunyai matlamat yang ingin dicapai dalam usaha menambahkan koleksi kejayaan yang memaksa beberapa keputusan drastik dilakukan dalam kerjaya singkat mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram